Electricity Lightning Electricity Lightning -->

Sunday, 5 June 2016

Puisi Demi Segulung Ijazah


Ihsan Mr.Google















Malamku sering dihimpit sepi ,
Bermonolog sendirian di dalam hati ,
Tercari-cari akan entiti diri ,
Jauh fikiranku dibawa pergi ...


Kini baru ku sedari ...
Hadirmu membuat tumpuanku dicuri ,
Akan tetapi ,
Terasa gembira jauh di sudut hati ,
Mengubat kerinduan yang bertakhta dalam diri ...


Hari demi hari ...
Ku hitung detik yang terus berlalu pergi ,
Mengharapkan sesuatu yang belum pasti ,
Iaitu penerimaan insan yang disayangi ,
Apakah bahagia bakal ku kecapi ?


Sungguh sayang sekali ...
Suatu lorong beronak duri perlu ku tempuhi ,
Menghalang hasrat yang bertapak di hati ,
Ujian yang sering mencabar kekentalan diri ,
Alam Universiti .. yang bakal kita hadapi !


Hasil nukilan Muhammad Azim...